29.5.17

PENGENALAN Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu. Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun. Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah. Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf. Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini. SEJARAH AL-QURAN Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru. Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda. PENGENALAN RASM UTHMANI Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9 ¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”. Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud. Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut : 1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W. Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi: Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. 2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran. Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja. 3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud: “ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”. Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. 4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir. Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir. 5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran. Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. 6. Mengikut Sunnah Rasulullah Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

20.4.09

http://ctrohanisulaiman.blogspot.com/

blog ni x bape aktif, sila layari blog saya kat http://ctrohanisulaiman.blogspot.com/

28.1.09

Siapa kita ?. Pertanyaan yang mendasar, ramai orang yang keliru untuk menjawab pertanyaan ini. Walaupun kebenaran dari pertanyaan ini relative, tetapi saya memiliki pemikiran sendiri yang mau saya share, sekaligus mengingatkan kepada diri saya sendiri dan teman dan my students juga.


Ok, pertama saya mau mentrace back awal kita semua dilahirkan, kenapa ye kita ni yang dipilih untuk dilahirkan. Bayangkan saja diantara jutaan sperma yang berlumba-lumba untuk membuahi sel indung telur hanya satu yang menjadi pemenang, dan itu diri kita sendiri, how lucky we are. Sekali lagi kenapa kita yang dipilih, semua itu jelas ada tujuan.

Kita telah ditakdirkan Allah menjadi manusia, seorang khalifah bagi dirinya sendiri dan juga alam ini. Suatu amanah yang sangat berat, bahkan gunung sekalipun menolak ketika diminta Allah untuk dijadikan khalifah di bumi ini. Selain itu manusia juaga diciptakan untuk beribadah kepada Allah dan mencari redha sang khalik tersebut.

Khalifah atau Pemimpin iaitu orang yang bertanggung jawab terhadap hal-hal yang dipimpinnya, pengertian itu mengimplikasikan bahawa kita bertanggung jawab atas diri kita sendiri dan lingkungan sekitar kita.


Cuba lihat diri kita masing-masing sudah seberapa baik diri kita dan sudah seberapa lengkap lingkungan sekitar kita. Banyak diantara kita hanya peduli pada dirinya sendiri dan kurang peduli dengan orang lain, sebahagian mereka beralasan bahawa diri kita sendiri saja belum lengkap sudah mau mengatur orang lain.


saya rasa kita tidak akan pernah ada kesempatan untuk peduli kepada orang lain. Pada dasarnya manusia memiliki keinginan untuk diperhatikan, untuk itulah kita tidak perlu ragu untuk sama-sama saling mengingatkan, apabila ini dilakukan sesuai dengan proporsinya akan tercipta suatu hubungan yang saling menguntungkan dan secara tidak langsung mengakrabkan hubungan interpersonal di dalam suatu komunitas.

“Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”, dari ayat diatas jelaslah bahwa kita diciptakan hanya untuk beribadah kepada Tuhan.

Konteks beribadah ini sangat luas, bukan hanya terskop dalam bentuk ibadah vertical saja, tetapi juga horizontal. Banyak orang yang terjebak dalam konteks berfikir bahawa yang namanya beribadah adalah ibadah yang berhubungan langsung dengan tuhan atau biasa disebut dengan ritual, bagi orang Islam contohnya solat, puasa, berzakat (sekuler). Ibadah tidak hanya itu saja, semua aktifitas yang kita lakukan memiliki nilai ibadah, menuntut ilmu, bersosialisasi, mengerjakan tugas, bahkan hal kecilpun seperti mandi ataupun tidur dapat memiliki nilai ibadah. Hanya satu hal yang menjadikan aktifitas kita memiliki nilai ibadah yaitu niat, coba kita renungkan kembali apa yang menjadi niat kita ketika melakukan semua hal tersebut.

Contoh, sebagai mahasiswa informatika,yang kehidupannya selalu dipenuhi dengan tubes, apa tujuan kita mengerjakan tugas-tugas tersebut? Sangat disayangkan apabila tujuan kita hanya nilai, ada hal lain yang jauh lebih berharga dari itu semua. Niat disini juga berpengaruh pada penyikapan kita terhadap hasil dari aktiftas yang kita lakukan, dengan niat yang berorientasikan hasil bisanya akan muncul sikap menyalahkan diri sendiri, merasa tidak mampu apabila hasil yang kita peroleh tidak sebanding dengan usaha yang kita lakukan dan sikap-sikap tersebut kemungkinan besar akan berujung pada keputusasaan. Berbeda apabila niat kita adalah ibadah, dengan niat seperti itu kita memiliki anggapan bahwa semakin besar usaha yang kita lakukan semakin besar nilai ibadah yang kita terima, tetntu saja anggapan ini akan meningkatkan kinerja kita dalam melakukan aktifitas tersebut dan walaupun nantinya hasil yang kita peroleh tidak sesuai dengan harapan kita, kita tidak akan terjebak di dalam keputusasaan, karena nilai yang jauh lebih besar sudah kita dapatkan melalui proses kerja keras yang telah kita lakukan.

Jadi idealnya hidup ini harus diwarnai dengan berbenah diri dan berkontribusi, kemudian jangan lupa semua itu harus dilandasi dengan niat ikhlas untuk beribadah dan mengharap rido darinya.

26.1.09

Gerhana Matahari 26 Januari, 2009


Peta Lintasan Gerhana Matahari Cincin 26 January 2009


Tags: , ,
se2009jan26a1

WIB = UTC+7

Diatas ini satu animasi lintasan dimana bayang-bayang Gerhama Matahari Cincin dapat diamati di bumi. Lintasan ini memperlihatkan kita mampu mengamati dimana gerhana tersebut terlihat. Hampir seluruh permukaan bumi Malaysia akan mengalami. Tetapi tidak akan terasa karena penutupan maksimumnya tidak melewati semua daerah.

se2009jan26a


Seperti kita tahu bahwa gerhana matahari itu terjadi karena bulan menutupi matahari. Jadi posisi bulan berada diantara matahari dan bumi. Posisi bulan dan matahari ini yang membentuk sabuk lintasan. Pada tanggal 26 Januari 2009 ini posisi bulan tidak dekat dengan bumi sehingga matahari hanya tertutup sebagian saja. Sehingga matahari nantinya akan terlihat seperti cincin.

Lokasi lainnya hanya melihat gerhana sebagian seperti bulan sabit saja.

Lintasan Gerhana secara keseluruhan pada hari ini 26 Januari 2009.

gmc-11


gmc-2



gmc-2a2

gmc-2a

Pada tahun 2016 (9 Maret) kita akan mengalaminya sekali lagi, bahkan lebih spektakuler. Gerhana matahari penuh - GMT akan melewati bumi Malaysia kita ini

Lihat dibawah lintasan-lintasan GMT ini.

se2001-25t-21

Referensi: NASA


QUNUT NAZILAH UNTUK KEAMANAN PALESTIN



DEFINISI QUNUT NAZILAH

Erti Qunut
Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri.

Erti Nazilah
malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.


HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.


Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."



Rasulullahu saw melakukan qunut nazilah selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.


WAKTU QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah dilakukan pada seluruh solat fardhu terutamanya solat Maghrib dan Subuh.

Qunut nazilah dilakukan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam.

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. B


Contoh bacaan doa qunut nazilah


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك
يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

eRTINYA

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



rahsia solat



Solat, Khusyuk Dan Sains


Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah.
Kalimat-kalimat dalam solat adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih dari itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah.

Kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria.


Kajian yang melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahan berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi. Tambahan dari itu mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.





Solat mengikut sunnah Rasulullah saw










Sejarah bumi Palestin dan

Impian rEJIM iSRAEL







MASJID AL AQSHA DALAM BAHAYA


Masjidil Aqsha adalah kiblat pertama umat Islam sebelum akhirnya dipindahkan ke
Baitullah sekarang. DI tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan
Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits shahih
disebutkan sebagai salah satu daria tiga masjid yang dianjurkan untuk
diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha.


MASJID AL AQSHA KITA INI DALAM BAHAYA, REJIM ISRAEL MELAKUKAN BERBAGAI CARA UNTUK MEMUSNAHKANNYA




RAHSIA MASJIDIL AQSA


Publish at Scribd or explore others: Academic Work Religion & Spiritual Religion-Islam AQSA



couple dalam Islam

Ramai pelajar saya bertanya tentang hukum bercouple dalam islam.
Mungkin soal jawab di bawah ini boleh membantu
.... juga untuk renungan anak anak ku


Utazah, Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan kamu ke lembah penzinaan.

Kami cuma couple, kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.

Study Group...? nampak lain macam saja, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Islam tidak membunuh terus naluri cinta. Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Maksud ustazah cinta remaja itu menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai juga orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina ustazah

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Ustazah, kalau ada adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Sekarang macam mana kami ni ustazah?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.

Taubat yang memenuhi tiga syarat:

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

berubat cara islam


MENYEMBUHKAN PENYAKIT DENGAN AYAT AL- QURAN


SEBELUM ITU PERLU DIINGAT BAHAWA

segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan.

Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.


1. SURAH AL-FATIHAH


Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.

Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.

Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.


Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.



2. SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)


Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak anak

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan, harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik,

Ayat 36 - Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jadikan lah amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada,

bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Jika sakit urat, tulang, tulang yang patah dan sakit sakit badan.

Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Sumber http://fauzynm.e-belia.net/


3. AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”


Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan Ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis
Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Sumber http://tanbihul_ghafilin.tripod.com


Jangan percaya bomoh?


PERCAYA RAMALAN KARUT BOMOH BOLEH ROSAK AKIDAH


Bomoh, dukun dan pawang mempunyai kerjaya yang sama iaitu mengubat atau merawat orang sakit. Pawang pula diertikan sebagai mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa ghaib, mengubati orang sakit menggunakan jampi mEntera.

Dalam sejarah tamadun Islam, ahli perubatan dikenali sebagai tabib. Mereka mengubati penyakit menggunakan ubat dipercayai boleh melawan penyakit sama ada berpunca daripada kuman atau perubahan suhu badan dan sebagainya.

Ubat itu daripada bahan semula jadi seperti madu, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat atau laut yang dikenal pasti melalui al-Quran, hadis atau pengalaman.

Tabib Muslim meyakini setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“ Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan sama dengan ubatnya ”


Adakah bomoh boleh disamakan dengan tabib dan khidmat mereka direstui Islam?

Jika bomoh atau dukun itu mengubat pesakit hanya menggunakan jampi berupa doa kepada Allah atau ayat al-Quran, berkemungkinan tidak menyalahi ajaran Islam dengan syarat ayat yang dibaca sesuai dengan isyarat Rasulullah SAW bahawa sebagai penawar untuk penyakit tertentu. Begitu juga mengubat dengan menggunakan akar kayu dan sebagainya.

Bomoh, dukun atau pawang yang mengubat pesakit menggunakan kuasa ghaib, maka dia tidak dapat disamakan dengan istilah tabib tetapi boleh disenaraikan termasuk kukang tenung)atau arruf (tukang tilik) yang dilarang dalam Islam.

Tukang tenung sebelum mengubati pesakit meramal punca penyakit melalu air dalam mangkuk, keris atau dengan cara menurun kononnya roh masuk ke dalam diri yang sebenarnya ialah jin atau syaitan. Kemudian dia memberitahu pelanggannya penyakit yang dihadapi berpunca daripada perbuatan orang atau terkena sampuk jembalang.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semata-mata” (Surah al-Naml, ayat 65)


Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah yang bermaksud:

“ Kalaulah saya dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; saya tidak lain hanya seorang Nabi yang membawa khabar duka dan khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman”

(Surah al-A’raf, ayat 18 )

Islam tidak mengehadkan dosa hanya kepada tukang tenung tetapi sesiapa saja yang membabitkan diri dengan kegiatan itu, turut dihukumkan berdosa.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“ Sesiapa yang datang menemui `arraf (tukang tilik) kemudian menanyakan mengenai sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari ”

Hadis riwayat Muslim


Islam memang mengakui adanya sesetengah penyakit disebabkan sihir dan Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjauhkan diri daripada terkena sihir atau cara merawatnya iaitu mencari doa, ayat serta surah tertentu.


jangan berkawan dengan orang bodoh


Kalau kita dan KAWAN kita adalah orang-orang BODOH carilah kawan kawan yang PANDAI agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau orang-orang PANDAI tak mau berkawan dengan kita, marilah belajar agar kita menjadi PANDAI

Kalau kita adalah orang PANDAI ajaklah kawan yang BODOH untuk belajar agar menjadi PANDAI

Kalau kita dan kawan kita orang-orang PANDAI ajaklah orang-orang BODOH untuk belajar agar menjadi orang-orang PANDAI

Kalau semua orang adalah orang BODOH marilah bersama-sama belajar agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau semua orang adalah orang PANDAI marilah bersama-sama terus belajar agar menjadi semakin PANDAI

Berhenti berkawan dengan orang BODOH karena sudah tidak ada lagi orang yang BODOH

Berkawanlah dengan orang PANDAI karena semua orang sudah menjadi PANDAI

Jauhkan keBODOHan dari kita, karena keBODOHan mendekatkan kita pada keFAKIRan

Jauhkan keFAKIRan dari kita, karena keFAKIRan mendekatkan kita pada keKUFURan

Jauhkan keKUFURan dari kita, karena keKUFURan menghalangi kita dari keIMANan

Dekatkan diri kita pada keIMANan, karena keIMANan menjauhkan kita dari keTIDAKBERDAYAan

Jauhkan diri kita dari keTIDAK BERDAYA an, karena ke TIDAK BERDAYAan mendorong kita pada kePUTUS ASAan

Jauhkan diri kita dari ke kePUTUSASAan, karena kePUTUSASAan mendorong kita pada keMALASan

Jauhkan diri kita dari keMALASan, karena keMALASan mendekatkan kita pada keBODOHan

Allah meninggikan dArjat orang-orang beriman yang berilmu di antara kamu.


my family




Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahmu pada kami, limpahkanlah rahmatmu pada kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan diakhirat